Wednesday, 5 July 2017

SABAHAN TEKA TEKI

JOM! Berhibur dengan koleksi teka-teki versi Sabahan bersama rakan-rakan anda!

SABAHAN TEKA - TEKI


        Jom try koleksi teka-teki lawak versi Sabahan ini yang merangkumi beberapa teka-teki yang kelakar, yang bikin panas, yang susah, berkenaan cinta, haiwan, benda, dan macam-macam lagi. Boleh Bah! Kalau ko!

          Sabahan Teka-teki apps ini direka khas sekadar untuk menghiburkan hati apabila stress dan sama sekali tiada kaitan dengan sesiapa pun. Kebanyakkan teka-teki dalam apps ini adalah versi Sabahan yang diperolehi daripada perkongsian dari mulut ke mulut, idea sendiri dan juga hasil carian di internet.

            Dalam apps ini merangkumi lebih dari 50 soalan teka-teki versi Sabahan yang kelakar dan jarang kamu dengar. Teka-teki tersebut akan ditambah dari semasa ke semasa untuk memastikan setiap teka-teki yang disediakan adalah “Fresh”.

             Sekiranya anda ada teka-teki yang “Fresh” yang anda ingin paparkan di dalam apps ini (Hanya tekan button “KONGSI” dan tuliskan idea teka-teki anda dalam apps ini).  Teka-teki yang terpilih akan dipaparkan berserta nama panggilan anda sebagai tanda penghargaan dan sumbangan anda dalam apps ini. Mari sama-sama kasi perluaskan lagi teka-teki yang unik dan mengana di hati ini supaya sama-sama kita terhibur.

             Setiap teka-teki versi Sabahan ini anda boleh kongsikan kepada sesiapa sahaja tidak kira sama ada melalui laman media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp dan sebagainya.  Anda juga boleh ber-teka-teki antara rakan-rakan atau keluarga anda time santai-santai atau minum-minum kupi dengan menggunakan apps ini.

               Sekiranya terdapat maklumat yang anda rasakan tidak sesuai dan kemungkinan ianya datang dari idea anda, pihak kami ingin memohon maaf dan sila emelkan kepada pihak kami sekiranya anda ingin mengeluarkan maklumat tersebut dari aplikasi ini.

Nota:

Kesalahan ejaan,tatabahasa dalam aplikasi ini adalah disengajakan. Bahasa atau ejaan tersebut kebanyakkannya digunakan oleh kebanyakkan penduduk Sabah sebagai bahasa penghantar / ibunda setiap hari. Oleh itu, kalau kamurang rasa nda paham, jangan malu-malu email kepada pihak Developer.


Terima kasih dan Selamat berTeka-Teki :) 

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN APLIKASI >> SABAHAN TEKA TEKI












No comments:

Post a Comment

Best Couple in Christ Quotes & Bible Verses

BEST COUPLE IN CHRIST QUOTES & BIBLE VERSES “Relationships should draw you closer to Christ, not closer to sin. Don’t compromis...